ROME, 30 November- Itali dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan hospital di Gaza, kata satu kenyataan Itali pada Khamis.
Ketika ini Rom menghantar doktor ke negara itu bagi merawat pesakit muda Palestin yang dipindahkan ke sana.
Ia merupakan usaha bagi membantu orang awam yang cedera akibat perang Hamas-Israel.
Itali telah menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah itu dengan menaiki dua pesawat dan sebuah kapal tentera laut dan dijangka berlabuh di pelabuhan Mesir, Al Arish pada 3 Disember.
"Bermula dengan Qatar, pakar pediatrik dari negara lain turut membantu... mereka dijangka bekerja di atas kapal itu," kata kenyataan kerajaan Itali.
"Penempatan hospital lapangan di Gaza bersama Emiriah Arab Bersatu juga sedang dikaji," tambah kenyataan itu.
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni dalam perjalanan ke sidang kemuncak iklim COP28 di Dubai, akan menaiki penerbangannya bersama-sama sekumpulan pakar pediatrik dari dua hospital kanak-kanak Itali untuk membantu merawat pesakit Palestin di Emirates.
"Meloni telah memantau bantuan kepada penduduk awam Gaza sejak awal konflik itu bermula," kata kenyataan itu.- REUTERS