fb fb fb fb fb

Israel tutup jalan, petani sukar ke ladang

Foto WAFA

SALFIT, 8 Oktober- Pasukan penjajah Israel menyerbu bandar Kafr ad-Dik, barat Salfit, Tebing Barat, dan menutup satu laluan jalan.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan memaklumkan bahawa pasukan penjajah telah menyerbu bahagian barat bandar tersebut dengan membawa jentolak dan menutup jalan yang menuju ke kawasan Umm al-Babain.

"Penutupan jalan tersebut akan menyukarkan para petani untuk ke ladang bagi memetik buah zaitun pada musim ini.

"Kawasan berkenaan sering menjadi sasaran pelanggaran oleh Israel dan peneroka haram," lapor WAFA.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM