fb fb fb fb fb

Israel tingkatkan pengeboman di Jabalia, 15 maut

Serangan udara Israel menyasarkan kawasan kediaman di Jabalia - Foto Reuters

GAZA, 30 Jun - Israel meningkatkan serangan udara di kawasan Jabalia awal pagi Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, hanya beberapa jam selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan untuk penduduk Palestin di kawasan berkenaan.

Serangan udara Israel menyasarkan kawasan kediaman di Jabalia, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 ahli sebuah keluarga terbunuh, manakala ramai lagi tertimbus di bawah runtuhan.

Sebelum pengeboman besar-besaran itu, Israel mengarahkan pemindahan di kawasan utara Gaza City dan sebahagian besar kawasan di Jabalia.

Namun, tiada tempat yang benar-benar selamat untuk mereka tuju.
3006 LNR ZIONIS BOM JABALIA 3Saaed, seorang rakyat Palestin yang dipaksa berpindah - Foto Reuters

“Ke mana kami harus pergi? Tiada tempat yang selamat. Mereka suruh kami ke kawasan Nasr, kemudian mereka bunuh kami. Mereka kata pergi ke Al-Mawasi, itu pun mereka musnahkan juga.

"Ke mana lagi kami boleh pergi? Tiada tempat selamat. Semua yang mereka katakan hanyalah pembohongan dan fitnah,” kata Saaed, seorang rakyat Palestin yang dipaksa berpindah.

3006 LNR ZIONIS BOM JABALIA 4Am Mohammed tidak tahu ke mana lagi perlu berpindah - Foto Reuters

“Hari ini mereka paksa kami keluar, arahkan kami berpindah, dan kemudian mengebom kami dengan peluru dan pesawat pejuang. Ketika kami sedang bersiap untuk melarikan diri, mereka runtuhkan rumah ke atas kami.

"Apa yang mereka mahukan daripada kami? Beritahu apa yang mereka mahu! Cukuplah. Kira-kira 10 orang terbunuh dalam rumah itu, kebanyakannya kanak-kanak,” kata seorang lagi penduduk, Am Mohammed.

Setakat semalam, angka kematian di Gaza kini mencecah 56,500 orang, manakala 133,419 lagi dilaporkan cedera. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK