fb fb fb fb fb

Nasib PM Thailand ditentukan esok

Paetongtarn kini berdepan siasatan kehakiman selepas 36 senator mengemukakan petisyen untuk menyingkirkannya - Foto AFP

BANGKOK, 30 Jun - Mahkamah Perlembagaan Thailand akan memutuskan sama ada akan menerima kes yang difailkan oleh 36 senator Thailand untuk menyingkirkan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, esok.

Kes berkenaan difailkan susulan isu pertikaian sempadan dengan Kemboja.

Paetongtarn kini berdepan siasatan kehakiman selepas sekumpulan senator mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan dan badan antirasuah bagi menyiasat berhubung satu panggilan telefon diplomatik yang bocor.

3006 LNR PETISYEN GULING PM THAI 2Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok pada Sabtu bagi menuntut Paetongtarn Shinawatra dipecat - Foto AFP

Keputusan daripada mana-mana badan tersebut boleh membawa kepada penyingkirannya daripada jawatan.

Krisis politik yang sedang melanda Thailand ini dijangka memburukkan lagi usaha pemulihan ekonomi negara berkenaan yang masih bergelut.

Ketika ini, perdana menteri hanya mengetuai kerajaan gabungan dengan majoriti tipis, selepas Parti Bhumjaithai menarik diri minggu lalu.

Ribuan penunjuk perasaan telah berhimpun di ibu negara Thailand, Bangkok pada Sabtu untuk menuntut peletakan jawatannya serta mendesak parti-parti lain dalam kerajaan gabungan supaya turut keluar. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK