fb fb fb fb fb

Israel terus gempur Gaza menjelang undian gencatan senjata PBB

Anggota pertahanan awam Palestin memadamkan kebakaran di sebuah bangunan berikutan pengeboman Israel di timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 19 Februari 2024, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas. — Gambar AFP Open in Googl

WILAYAH PALESTIN, 20 Februari- Israel menyerang Gaza dengan serangan udara baharu hari ini ketika kuasa dunia bergelut menjadi perantara gencatan senjata menjelang undian Majlis Keselamatan PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran mengenai situasi kemanusiaan di wilayah yang dikepung, dengan menyatakan bahawa kekurangan makanan boleh membawa kepada kematian kanak-kanak yang boleh dicegah.

Empat bulan pertempuran tanpa henti telah meratakan sebahagian besar wilayah Palestin menyebabkan 2.2 juta orang di ambang kebuluran dan tiga perempat daripada penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut anggaran PBB.

“Berapa ramai daripada kita yang perlu mati... untuk menghentikan jenayah ini?," kata doktor Palestin, Ahmad Moghrabi, doktor Palestin.

Kuasa global yang cuba menavigasi jalan keluar daripada krisis yang semakin meruncing setakat ini telah gagal, dengan desakan lewat hari ini untuk resolusi gencatan senjata PBB yang akan menghadapi veto AS yang dijangkakan.

Selepas berbulan-bulan bergelut untuk mendapatkan respons bersama, semua anggota EU kecuali Hungary menyeru semalam untuk "jeda kemanusiaan segera".

Mereka juga menggesa Israel supaya tidak menyerang bandar selatan Gaza iaitu Rafah, di mana hampir 1.5 juta rakyat Palestin berlindung di situ ketika ini.

Bandar itu, yang terakhir tidak disentuh oleh tentera darat Israel, juga merupakan pintu masuk utama untuk bekalan bantuan yang sangat diperlukan melalui negara jiran, Mesir.

Serangan Israel ke atas bandar itu menghalang operasi kemanusiaan, manakala bekalan makanan terganggu oleh penutupan sempadan yang kerap, menurut agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA.

Kekurangan makanan dan air menyebabkan kanak-kanak dan wanita di seluruh wilayah itu mengalami kekurangan zat makanan.

Menurut UNICEF, satu daripada enam kanak-kanak di utara Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan ditambah dengan 'situasi tahap kematian kanak-kanak yang sudah tidak tertanggung'. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI