TEHRAN, 13 Jun- Televisyen negara Iran menyiarkan rakaman asap tebal kelihatan dari beberapa bangunan di ibu negara Tehran, selepas Israel melancarkan serangan ke atas wilayah itu.
Media rasmi Iran melaporkan beberapa letupan kuat kedengaran di sekitar Tehran, manakala sistem pertahanan udara negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya.
Iran kini memiliki bahan mencukupi untuk menghasilkan sehingga 15 bom nuklear dalam tempoh beberapa hari.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengisytiharkan darurat dan pihaknya sedang melancarkan serangan ke atas 'puluhan' sasaran ketenteraan dan nuklear di Iran.- REUTERS