fb fb fb fb fb

Israel lakukan genosid terhadap Gaza - Presiden Brazil

Foto AFP

ADDIS ABABA,18 Februari- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan operasi Israel ke atas Gaza sebagai tindakan pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

"Apa yang berlaku di jalur Gaza bukanlah peperangan, ia adalah pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Afrika di sini hari ini.

Sejak konflik Hamas- Israel bermula Oktober tahun lalu, pemimpin berusia 78 tahun itu lantang mengkritik kempen ketenteraan Israel.

Serangan berterusan Israel di Gaza setakat ini telah mengorbankan 28,985 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan. - AFP

Artikel Berkaitan:
Angka kematian Gaza melepasi 28,000
AS ancam sekat undi baharu Majlis Keselamatan PBB di Gaza
Israel lancar serangan udara di seluruh Gaza, lakukan penangkapan di hospital

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM