fb fb fb fb fb

Israel ceroboh masuk rumah rakyat Palestin

Foto WAFA

JENIN,18 Februari- Israel menceroboh masuk sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Jalboun, timur laut Jenin, malam tadi.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Ketua Kampung Jalboun, Ibrahim Abu al-Rob berkata rumah itu milik rakyat Palestin dikenali Imad Yusef Abu Al-Rob.

"Penjajah Israel telah mengubah rumah tersebut kepada pos tenteranya.

"Israel juga menyerbu dan menggeledah beberapa rumah di kampung itu dan menyoal siasat penduduk semasa serbuan dijalankan.

"Kampung ini telah mengalami pencerobohan dan serbuan setiap hari sejak beberapa minggu lalu," kata Ibrahim kepada WAFA di sini.

Artikel Berkaitan:
Angka kematian Gaza melepasi 28,000
AS ancam sekat undi baharu Majlis Keselamatan PBB di Gaza
Israel lancar serangan udara di seluruh Gaza, lakukan penangkapan di hospital

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM