GAZA, 18 Februari- Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di jalur Gaza meningkat kepada 28,985 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah terkepung itu pada Ahad.
Dalam satu kenyataan media, kementerian itu berkata seramai 68,883 warga Palestin cedera sejak konflik Israel-Hamas tercetus sejak 7 Oktober lepas.
Menurut kementerian itu, tentera Israel membunuh 12 rakyat Palestin dan mencederakan puluhan yang lain dalam tempoh 24 jam lepas dengan beberapa mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Terbaharu, serangan udara Israel menyasarkan beberapa kawasan perumahan di tengah Gaza, khususnya di bandar Deir el-Balah.
Pesawat Israel juga melakukan serangan udara ke atas kem pelarian Nusseirat sehingga menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan. - AFP
Artikel Berkaitan:
Israel lancar serangan udara di seluruh Gaza, lakukan penangkapan di hospital
Mesir nafi dakwaan sertai proses pemindahan penduduk Gaza ke Sinai