fb fb fb fb fb

Rumah penjagaan terbakar, dua maut di Madrid

Foto AFP

MADRID, 18 Februari- Dua orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 10 lagi cedera dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah rumah jagaan di Madrid, kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Penyelia Perkhidmatan Kecemasan Madrid, Isabel Casado berkata kediaman berkenaan boleh menempatkan kira-kira 40 orang dalam satu-satu masa.

"Seorang mangsa yang cedera parah kini berada dalam keadaan kritikal, manakala yang lain masih memerlukan rawatan selepas terhidu asal tebal," kata Casado menerusi video yang disiarkan di platform X.

Sementara itu, anggota bomba, Jose Luis Castillo berkata kebakaran berkenaan berpunca dari tingkat satu dan tingkat dua rumah terbabit.

"Tingkat berkenaan diselubungi asap tebal dan kami terpaksa memindahkan penduduk ke tempat yang selamat," katanya. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM