BAITULMAQDIS, 19 Februari- Dua kandang kambing antara dirobohkan Israel di bandar Hizma, timur laut Baitulmaqdis, hari ini.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), saksi berkata tentera Israel turut meratakan tanah pertanian milik penduduk Palestin di bandar berkenaan.
Israel juga merobohkan sebuah bilik di kawasan itu.
"Tentera Israel sebelum itu menyerbu bandar tersebut dengan membawa jentolak.
"Israel turut melepaskan bom ke arah penduduk tempatan," lapor WAFA.