fb fb fb fb fb

Israel ancam serang Iran

Foto Reuters

BAITULMAQDIS, 8 Mei- Israel mengancam untuk menyerang Iran, sama seperti yang telah dilakukan mereka terhadap kumpulan Hamas di Gaza.

Menteri Pertahanan Israel Katz memberi amaran tersebut, beberapa hari selepas serangan ke atas lapangan terbang Ben Gurion oleh kumpulan Huthi yang disokong Iran.

"Iran terlibat secara langsung dalam serangan itu.

"Apa yang telah kami lakukan kepada Hizbullah di Beirut, Hamas di Gaza, Bashar Assad di Damsyik, kami akan lakukan kepada anda juga di Tehran," katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lalu, Huthi menyerang lapangan terbang utama Israel berhampiran Tel Aviv, sebagai sebahagian daripada kempen menentang rejim Zionis.

Israel kemudian membalas dengan serangan terhadap lapangan terbang Sanaa serta stesen janakuasa di Yaman.

Iran dalam pada itu menafikan menyokong Huthi dalam serangan mereka. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello