fb fb fb fb fb

Malaysia gesa redakan ketegangan, perbaharui dialog di Asia Selatan - Wisma Putra

Malaysia menegaskan semula sokongan ke atas segala usaha ke arah meredakan ketegangan dan mewujudkan dialog bermakna antara India dan Pakistan. - Foto AFP

PUTRAJAYA, 8 Mei - Malaysia mengikuti perkembangan peningkatan mendadak ketegangan antara India dan Pakistan dengan kebimbangan, dan menekankan keperluan untuk bertenang dan berdialog.

Menerusi kenyataan media Wisma Putra memaklumkan, Malaysia juga menggesa kedua-dua pihak agar menahan dari provokasi dan mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.

"Setegang mana keadaan, diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan krisis",

"Malaysia mengulangi gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap serangan pada 22 April di Pahalgam, bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan".

Dalam pada itu, Malaysia menegaskan semula sokongan ke atas segala usaha ke arah penurunan ketegangan dan dialog yang bermakna antara India dan Pakistan.

MOHAN CHINNASAMY