fb fb fb fb fb

Iraq sumbang $40 juta, pembinaan semula Gaza dan Lubnan

Foto Reuters

BAGHDAD, 17 Mei - Iraq bersetuju menyumbang $40 juta bagi usaha pembinaan semula Lubnan dan Gaza selepas peperangan dengan Israel.

Perkara itu diumumkan Perdana Menterinya Mohammed Shia al-Sudani pada Sabtu kepada para pemimpin Arab, di sini.

Iraq menyokong penubuhan "tabung Arab untuk menyokong usaha pembinaan semula" susulan krisis serantau, kata Sudani.

"Iraq akan menyumbang $20 juta untuk pembinaan semula Gaza dan $20 juta untuk pembinaan semula Lubnan," tambah beliau. - AFP

TETITIA YUSOFF