fb fb fb fb fb

Iran terlibat dalam rundingan gencatan senjata Gaza- Trump

Donald Trump/ Foto AFP

WASHINGTON, 10 Jun- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan bahawa Iran terlibat dalam rundingan yang bertujuan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas.

"Saat ini, Gaza sedang berada dalam rundingan besar-besaran antara kami, Hamas, dan Israel, dan Iran sebenarnya turut terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa satu acara di White House.

Trump bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM