fb fb fb fb fb

Iran tangkap pengintip ketika konflik memuncak

Foto WEB

TEHRAN, 21 Jun - Pihak berkuasa Iran telah menahan seorang warga Eropah atas dakwaan pengintipan, ketika konflik bersenjata dengan Israel memuncak.

Menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan dari Pengawal Revolusi Iran, penahanan itu dilakukan oleh cabang perisikan Pengawal Revolusi di wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad.

"Seorang warga Eropah yang cuba mengintip kawasan sensitif negara telah ditahan di barat daya Iran," lapor berita tersebut tanpa mendedahkan kewarganegaraan suspek.

Khamis lalu, polis Iran mengumumkan penahanan 24 individu yang dituduh mengintip untuk Israel.

Bagaimanapun ia dikritik media barat yang mendakwa penahanan warga asing oleh Tehran hanya sebagai taktik bagi merundingkan pembebasan rakyat Iran yang ditahan di luar negara. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN