fb fb fb fb fb

Bukan jadi perantara, hanya tawar cadangan penyelesaian - Putin

Foto Arkib

ST. PETERSBURG, 21 Jun - Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran dan Israel.

Sebaliknya beliau hanya mengemukakan idea untuk membantu meredakan krisis yang semakin memuncak.

“Moscow sama sekali tidak berniat menjadi perantara. Kami hanya mencadangkan idea. Jika idea-idea ini sesuai untuk kedua-dua pihak, kami sangat berbesar hati," jelas Putin dalam sesi forum ekonomi di Saint Petersburg.

Kremlin cuba meredakan ketegangan selepas Israel menyerang Iran yang seterusnya mengakibatkan krisis terbaharu di rantau Asia Barat.

Namun, pemimpin Barat menolak peranan Putin dalam konflik itu.

Malah Moscow turut  mengakui bahawa Israel sama sekali tidak menunjukkan minat terhadap sebarang usaha damai yang ditawarkan. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN