TEHRAN, 13 April - Pengawal Revolusi Iran hari ini, merampas sebuah kapal kontena yang dikatakan ada kaitan dengan rejim Zionis Israel yang melalui perairan teluk itu, lapor media tempatan.
Berdasarkan laporan Agensi Berita Iran (IRNA), Pasukan Khas Tenetera Laut Sepah yang menjalankan operasi menggunakan helikopter telah merampas sebuah kontena bernama MCS Aries.
Operasi berlaku berhampiran Selat Hormuz yang merupakan laluan penting untuk perdagangan dunia dan kapal terbabit dibawa ke perairan wilayah Iran.
Syarikat keselamatan Ambrey berkata sekurang-kurangnya tiga individu berbalas tembakan dari helikopter ke kapal kontena.
Katanya, Pengawal Revolusi Iran sebelum ini telah menggunakan kaedah yang sama semasa merampas kapal di Selat Hormuz -AFP