fb fb fb fb fb

Iran pasang CCTV kesan wanita langgar kod etika pakaian

(FOTO FAIL CNN)

TEHRAN, 10 April - Kerajaan Iran bertindak memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengekang semakin ramai wanita yang melanggar kod etika pakaian di tempat awam dan jalan raya.

Menurut polis, langkah itu bertujuan untuk mencegah penentangan terhadap undang-undang hijab.

Tambah polis, penentangan sedemikian hanya mencemarkan imej rohani negara dan menyebarkan rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat.

(FOTO FAIL CNN)

Dilaporkan, semakin ramai wanita Iran menanggalkan tudung mereka sejak kematian seorang wanita Kurdish berusia 22 tahun dalam tahanan polis moral, September tahun lalu.

Keganasan di Zahedan tercetus pada 30 September tahun lalu ketika protes tercetus ekoran kemarahan orang ramai berhubung laporan seorang remaja perempuan dirogol oleh komander polis di wilayah itu.

Sekurang-kurangnya, 108 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan Iran terhadap protes kematian Mahsa Amini yang tercetus lebih tiga minggu.-CNA

Media Baharu