TEHRAN, 10 Januari- Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengalu-alukan pemilihan rakan sejawatannya dari Lubnan Joseph Aoun selepas negara itu lebih dua tahun tanpa ketua negara.
Beliau menyifatkan perpaduan adalah senjata ampuh untuk "mengalahkan" rejim Zionis Israel.
"Tidak dinafikan bahawa pengukuhan kestabilan dan perpaduan akan mengalahkan kerakusan Zionis terhadap Lubnan," kata Pezeshkian menerusi hantaran mesej kepada Aoun.
Pezeshkian menyatakan harapan bahawa "pilihan raya ini akan membawa kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan kemajuan yang lebih besar serta keamanan dan keselesaan kepada rakyat Lubnan."
Beliau juga berkata bahawa Iran bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Lubnan "dalam semua bidang".
Selepas pilihan raya, Aoun berjanji bahawa negera itu akan "monopoli" ke atas senjata di Lubnan.- AFP