fb fb fb fb fb

Serangan tukul: Sekurang-kurangnya lapan individu cedera

Foto fail Reuters

TOKYO, 10 Januari- Sekurang-kurangnya lapan individu cedera dalam serangan tukul besi di sebuah universiti di Tokyo pada hari Jumaat, dengan suspek ditahan, kata media Jepun.

Menurut penyiar awam NHK, yang memetik sumber polis berkata, serangan itu berlaku di Kampus Tama Universiti Hosei dan semua individu yang cedera dalam keadaan sedar.

Jiji Press berkata, seorang wanita berusia 20-an telah ditahan. Sementara itu penyiar FNN melaporkan, penyerang berkenaan kelihatan seperti seorang pelajar berusia 20-an, dan telah dihalang oleh kakitangan universiti.

Bagaimnaapun pihak polis tidak dapat mengesahkan butiran lanjut kepada AFP. Ia berikutan kejadian jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun kerana negara itu mempunyai undang-undang kawalan senjata yang ketat.

Rakaman langsung di NHK menunjukkan kenderaan kecemasan berada di kampus di daerah Machida pinggir bandar di ibu negara Jepun.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI