BEIJING, 10 Januari- Beijing memberi amaran kepada Jerman supaya berhenti "menggembar-gemburkan" risiko pengintipan di negara itu.
Perkara berkenaan selepas pendakwa raya Jerman mendakwa tiga individu disyaki membekalkan maklumat teknologi kepada perisikan China.
Pejabat pendakwa raya persekutuan Jerman menuduh tiga rakyat negara itu yang hanya dikenali sebagai Herwig F., Ina F. dan Thomas R., mendapatkan "maklumat mengenai teknologi inovatif yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan".
Maklumat berkenaan sekitar Februari 2017 dan April 2024, "mereka berulang kali mengumpul maklumat khususnya untuk meningkatkan kuasa tempur tentera laut China", menurut pendakwa dalam satu kenyataan.
Sementara itu Beijing berharap "Jerman akan menghentikan tindakan berkenaan yang diibaratkan sebagai risiko pengintipan dari China dan tidak menimbulkan halangan kepada pembangunan hubungan China-Jerman,"
"China sentiasa berpegang kepada hubungan China-Jerman berdasarkan prinsip saling hormat-menghormati, tidak campur tangan dalam hal ehwal satu sama lain dan mematuhi undang-undang dan peraturan," kata jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun dalam sidang media.
Pendakwa raya Jerman berkata Thomas R. "bertindak sebagai ejen untuk pekerja perkhidmatan perisikan China MSS yang berpangkalan di China" dari 2017.
Dia dikatakan telah membuat hubungan dengan pasangan suami isteri Herwig F. dan Ina F., yang menjalankan sebuah syarikat di bandar barat Duesseldorf.
Ketiga-tiganya ditahan pada April tahun lalu dan didakwa secara rasmi pada Disember.
Hubungan China dengan Jerman semakin tegang berikutan beberapa kes berprofil tinggi baru-baru.
Dalam pada itu seorang wanita China telah ditangkap di Jerman pada Oktober dan dituduh mengintip pemasangan industri pertahanan.
Wanita itu didakwa melaporkan kepada seorang lagi perisik China yang disyaki, Jian G., yang kini ditahan tetapi bekerja di pejabat timbalan kanan Jerman di Parlimen Eropah.
Namun pada Disember, Kementerian Luar China menuduh Jerman "manipulasi dan memburuk-burukkan" selepas polis melancarkan siasatan terhadap seorang lelaki China dilaporkan mengambil gambar di pangkalan tentera laut di pantai Laut Baltik Jerman.- AFP