fb fb fb fb fb

Beribu-ribu kediaman musnah, 10 kematian direkodkan

Kediaman di Palisades musnah akibat kebakaran/ Reuters

LOS ANGELES, 10 Januari- Kebakaran hutan di Los Angeles meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan memusnahkan hampir 10,000 bangunan, dengan lima kebakaran marak berterusan diakibatkan tiupan angin.

Kebakaran di Palisades antara Santa Monica dan Malibu berhampiran Pasadena disenaraikan sebagai yang paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles. Ia telah memusnahkan lebih daripada 34,000 ekar bertukar menjadi abu.

Pemeriksa Perubatan Los Angeles County dalam kemas kini terbaru merekodkan angka kematian meningkat kepada 10.

Namun Syerif Daerah Los Angeles Robert Luna dalam sidang media sebelum ini menjangkakan jumlah kematian dijangka bertambah.

"Ia kelihatan seperti bom atom dijatuhkan di kawasan ini. Saya tidak menjangkakan berita baik, dan kami tidak mengharapkan pertambahan angka kematian," kata Luna.

Peramal swasta AccuWeather menganggarkan kerosakan dan kerugian ekonomi pada $135 bilion hingga $150 bilion.

Sementara itu Southern California Edison memaklumkan ia telah menerima notis daripada syarikat insurans untuk mengekalkan bukti berkaitan dengan Kebakaran di Eaton.

"Kami sudah melihat perkara ini dan cuba untuk membina semula bandar Los Angeles secara agresif," kata Datuk Bandar Karen Bass.

Presiden tepilih Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, berjanji bahawa kerajaan persekutuan akan membayar balik 100 peratus daripada pemulihan untuk 180 hari akan datang.

Ia termasuk penyingkiran bahan berbahaya, tempat perlindungan sementara dan gaji responden pertama.

"Saya memberitahu gabenor, pegawai tempatan, lakukan apa yang perlu dan mengawal kebakaran ini," kata Biden selepas bertemu dengan penasihat kanan di White House.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI