KAHERAH, 10 Januari- Ahli arkeologi menemukan lebih daripada 1,000 blok batu berhias dinasti ke-18 di tapak pengebumian Ratu Hatshepsut di Luxor.
Penemuan itu berdekatan dengan makam Ratu Teti Sheri iaitu nenek firaun pertama era Kerajaan Baru Mesir, Ahmose.
Pengumuman itu dimaklumkan ketua pasukan mengetuai penggalian di tapak itu sejak 2022 Zahi Hawass, seorang ahli arkeologi Mesir dan bekas menteri barang antik.
Ratu Hatshepsut meninggal dunia pada tahun 1458 sebelum masihi (SM) merupakan salah seorang daripada wanita yang pernah memerintah Mesir. Namun tapak pengebumiannya sengaja dirobohkan berabad-abad kemudian.
"Ini adalah kali pertama kami menemui, 1,500 blok berhias. Ia adalah pemandangan paling indah yang pernah saya lihat dalam hidup saya," kata Hawass.
Sebuah bongkah batu kapur di tapak itu mempunyai nama arkitek Hatshepsut iaitu Senmut, yang menyelia pembinaan tapak berkenaan.
Ratu Teti Sheri pula merupakan individu yang membebaskan Mesir daripada orang-orang Hyksos yang telah menyerang Mesir dari seberang Sinai ke timur.
Teti Sheri meninggal dunia pada tahun kesembilan pemerintahan Ahmose iaitu satu abad sebelum pemerintahan Hatshepsut.
Makam ringkas itu diukir dengan lukisan dinding merah yang dilukis pada lapisan mortar putih dan berkubah bata lumpur.- Reuters