fb fb fb fb fb

Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar

Peluru berpandu dilepaskan Iran sasar pangkalan udara AS di Qatar./REUTERS

DOHA, 24 Jun - Iran melancarkan enam peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar.

Tentera Iran berkata, serangan peluru berpandu terbabit menyasarkan pangkalan udara Amerika Syarikat di Al Udeid.

Serangan sebagai tindak balas terhadap tindakan Amerika Syarikat menyerang tiga kemudahan nuklear utama Iran awal pagi Ahad lalu.

Bagaimanapun, peluru berpandu terbabit berjaya dipintas pertahanan udara Qatar dan tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar Qatar menerusi ciapan di laman X mengecam serangan tersebut yang disifatkan sebagai melanggar kedaulatan dan ruang udara negaranya.- REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN