TEHRAN, 25 Jun - Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas tiga lelaki yang dituduh sebagai perisik untuk Israel.
Tertuduh dikenali sebagai Idris Ali, Azad Shojai dan Rasoul Ahmad Rasoul yang cuba mengimport peralatan untuk melakukan pembunuhan berjaya ditangkap dan dibicarakan.
Mereka dituduh bersuhabat dan bekerjasama dengan rejim melakukan perbuatan berkenaan.
Badan Kehakiman Iran berkata, hukuman berkenaan dijalankan di Urmia, sebuah bandar barat laut Iran yang berhamiran dengan sempadan Turkiye.
"Hukuman itu dilaksanakan pagi ini dan mereka digantung sampai mata," kata badan kehakiman yang turut berkongsi gambar tiga tertuduh berpakaian seragam penjara biru.
Tehran kerap mengumumkan penangkapan ejen yang disyaki bekerja untuk perkhidmatan perisikan asing, termasuk musuh ketatnya Israel.
Selepas perang Iran-Israel meletus pada 13 Jun, Tehran berjanji menjalankan perbicaraan yang cepat bagi individu yang ditangkap atas tuduhan bekerjasama rejim. - AFP