HANOI, 25 Jun - Dewan Perhimpunan Nasional Vietnam meluluskan pindaan Kanun Tatacara Jenayah dengan menghapuskan hukuman mati bagi lapan kesalahan.
Di bawah pindaan tersebut, hukuman mati akan dihapuskan untuk tujuh kategori jenayah iaitu subversi, sabotaj infrastruktur dan penyeludupan dadah tiruan.
Hukuman mati turut dihapuskan bagi kesalahan jenayah mencetuskan perang, pengintipan, pengangkutan dadah haram dan rasuah.
Pindaan tersebut juga membenarkan pengurangan hukuman penjara seumur hidup terhadap kesalahan pecah amanah atau rasuah.
Namun, pengurangan hukuman hanya boleh dilaksana sekiranya pesalah mengembalikan sekurang-kurangnya tiga perempat daripada aset dan membantu pihak berkuasan atau memberikan sumbangan penting.
Menteri Kehakiman Vietnam, Nguyen Hai Ninh berkata, pindaan tersebut akan membantu memperkukuh hubungan kerjasama dan mencerminkan tanggungjawab dan keupayaan semasa pengurusan negeri dan agensi kehakiman.
Pindaan tersebut berkuatkuasa mulai 1 Julai ini. - AFP
