fb fb fb fb fb

Iran dakwa Israel serang depot minyak, kebakaran berjaya dikawal

Foto Reuters

TEHRAN, 15 Jun- Asap tebal dari sebuah loji penapisan minyak berhampiran Tehran menjulang tinggi ke udara pada Ahad susulan kebakaran yang didakwa berpunca daripada serangan oleh Israel, menurut pihak berkuasa Iran.

Menurut laporan agensi berita Kementerian Minyak Iran, SHANA, kebakaran tercetus di depot minyak Shahran di Tehran pada Sabtu (14 Jun).

Bagaimanapun, keadaan kini dilaporkan terkawal.

"Jumlah bahan api dalam tangki yang disasarkan tidak tinggi dan situasi berada sepenuhnya di bawah kawalan," lapor SHANA.

Insiden tersebut berlaku ketika ketegangan semakin memuncak susulan serangan balas antara Israel dan Iran pada Sabtu.

Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik serantau yang lebih meluas.

Ia termasuk serangan Israel ke atas salah satu medan gas terbesar dunia dalam siri tindakan mengejut terhadap Iran.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM