fb fb fb fb fb

Info On Wheels meneruskan misi

JOHOR, 6 September - Berbaki empat hari lagi sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Jabatan Penerangan Negeri Johor, meneruskan program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) sepanjang musim PRK ini, bagi mempromosikan tarikh penting khusus untuk perhatian pengundi di dua kawasan tersebut.

Pengarahnya, Naim Fahmi Ahmad Tajudin berkata sebanyak enam unit kenderaan digerakkan ke 40 kawasan di P161 Parlimen Pulai, manakala lima unit kenderaan lagi untuk hebahan di Simpang Jeram.

Secara keseluruhan, seramai 20 kakitangan Jabatan Penerangan bertugas semasa IOW dijalankan di dua kawasan terlibat.

"Seperti di Pulai nanti kita akan masuk 40 di DUN Perling,  sebanyak 26 kawasan daerah mengundi dan 16 lagi di Kempas, di Simpang Jeram, kita minta bantuan PPD Muar, Segamat dan PPD Tangkak," kata Naim Fahmi, di sini.

(IOW mula digerakkan sejak sebelum hari penamaan calon
bagi memaklumkan tarikh penting semasa PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram)

Ketika ini, hebahan lebih tertumpu kepada pemakluman tarikh mengundi pada 9 September, hari Sabtu ini.

Objektifnya untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi di dua kawasan tersebut.

Media Baharu