fb fb fb fb fb

Beribu-ribu orang berpusu-pusu meninggalkan Burning Man

AMERIKA SYARIKAT, 6 September - Pengunjung festival Burning Man yang terkandas sudah dibenarkan pulang selepas pembukaan semula jalan keluar dari tapak festival itu.

Mereka terperangkap berhari-hari di kawasan festival, selepas hujan lebat menjadikan tapak padang pasir itu menjadi lubang lumpur.

Jalan itu akhirnya dibuka semula dan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pengunjung berebut untuk keluar dari tempat itu.

Awal Sabtu, hujan lebat memaksa Biro Pengurusan Tanah dan Pejabat Syerif Daerah Pershing menutup pintu masuk ke Burning Man untuk baki acara itu.

Setiap tahun Burning Man membawa kira-kira 70,000 pengunjung ke padang pasir Nevada untuk acara tarian, seni dan beberapa acara lain. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu