fb fb fb fb fb

Indonesia sekat platform Yahoo dan Paypal

Foto Reuters

INDONESIA, 31 Julai - Gagal mematuhi peraturan pelesenan... Indonesia telah menyekat platform Yahoo, Paypal dan beberapa laman sesawang permainan. Ini telah mencetuskan tindak balas dalam media sosial.

Pendaftaran diperlukan di bawah peraturan dikeluarkan pada akhir November 2020, memberi kuasa pihak berkuasa untuk memaksa platform mendedahkan data pengguna tertentu serta mengeluarkan kandungan dianggap menyalahi undang-undang atau 'mengganggu ketenteraman awam' dalam tempoh empat jam, jika mendesak, dan 24 jam, jika bukan.


(Foto Reuters)

Pegawai kanan di Kementerian Komunikasi Indonesia, Semuel Abrijani Pangerapan, berkata Yahoo, Paypal dan laman sesawang permainan seperti Steam, Dota2, Counter-Strike dan EpicGames sudah disekat.

Tanda pagar atau Hashtag seperti 'BlokirKominfo' (sekat Kementerian Komunikasi), Epic Games dan Paypal menjadi trend di Twitter Indonesia.

Platform itu juga banyak menulis dan mengkritik langkah kerajaan sebagai menjejaskan industri permainan dalam talian dan pekerja bebas yang menggunakan Paypal.

Indonesia ialah pasaran penting untuk pelbagai platform teknologi dengan anggaran 191 juta pengguna Internet dan golongan muda mahir media sosial. - REUTERS

Media Baharu