fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: WHO Eropah jangka lebih banyak kes kematian

Foto AFP

EROPAH, 31 Julai - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah menjangkakan lebih banyak kes kematian akibat cacar monyet ekoran laporan kematian pertama di luar Afrika.

Jangkaan itu berikutan penularan cacar monyet yang berterusan di Eropah.

Kementerian Kesihatan Sepanyol merekodkan kes kematian kedua cacar monyet hari ini, sehari selepas Sepanyol dan Brazil melaporkan kematian pertamanya.

Pengumuman itu menandakan kematian pertama dikaitkan dengan penularan di luar Afrika.

Berdasarkan WHO, lebih 18,000 kes dikesan di seluruh dunia sejak awal Mei lalu, dengan majoritinya di Eropah, selain mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.


(Foto AFP)

Ketika kes meningkat di seluruh dunia, WHO juga meminta kumpulan paling terjejas iaitu golongan homoseksual untuk mengehadkan pasangan seksual mereka.

Sementara itu di Jepun... Panel pakar Kementerian Kesihatan pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.

Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85 peratus untuk mencegah cacar monyet.

KM Biologics ialah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co.

Kementerian itu telah memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di Pusat Kesihatan dan Kebangsaan dan Perubatan Global untuk tujuan penyelidikan. - AFP

Media Baharu