fb fb fb fb fb

Indonesia sedia hantar tentera pengaman ke Gaza

Presiden Indonesia dipilih, Prabowo Subianto berucap pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24) di Singapura/ REUTERS

SINGAPURA, 1 Jun- Presiden Indonesia dipilih, Prabowo Subianto berkata bahawa Indonesia bersedia menghantar tentera pengaman untuk menguatkuasakan gencatan senjata di Gaza sekiranya diperlukan.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24), Prabowo berkata cadangan tiga fasa oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk gencatan senjata di Gaza adalah satu langkah ke arah yang betul.

"Apabila diperlukan dan diminta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami bersedia untuk menghantar pasukan pengaman bagi mengekalkan dan memantau gencatan senjata serta menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada semua pihak," katanya.

Bekas komander pasukan khas tentera dan bekas menteri pertahanan Indonesia berusia 72 tahun itu kini mengambil alih jawatan presiden negara Islam paling ramai penduduk di dunia itu pada Oktober lalu.

Beliau berkata Presiden Joko Widodo telah meminta beliau untuk mengumumkan bahawa Indonesia juga bersedia memberi bantuan dan rawatan perubatan kepada kira-kira 1,000 pesakit di Gaza.

Hospital Indonesia di Gaza, yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Indonesia telah ditutup pada November tahun lalu di tengah-tengah pertempuran.

Prabowo memaklumkan siasatan menyeluruh terhadap bencana kemanusiaan di kawasan Rafah di Gaza amat diperlukan serta penyelesaian yang adil kepada situasi di Palestin.

"Itu bermakna ia bukan sahaja soal kewujudan Israel, tetapi juga hak rakyat Palestin untuk hidup dengan aman, memiliki tanah air sendiri dan negara sendiri," katanya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI