fb fb fb fb fb

Indonesia naikkan kadar faedah kepada 3.75 peratus

(Foto AFP)

JAKARTA, 24 Ogos- Bank Pusat Indonesia menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh hampir empat tahun.

Ia bagi menangani kenaikan kadar inflasi yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine.

Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo mengumumkan, kadar faedah dinaikkan kepada 3.75 peratus daripada 3.5 peratus. Dua lagi kadar utamanya turut dinaikkan sebanyak 25 mata asas.

Keputusan itu merupakan langkah awal dan ke hadapan, bagi mengurangkan risiko kenaikan inflasi teras serta jangkaan inflasi berikutan kenaikan harga bahan api tidak bersubsidi dan inflasi makanan yang tidak menentu.-AFP


(Foto hiasan/AFP)

Media Baharu