fb fb fb fb fb

Presiden Somalia ikrar hapus Al-Shabaab

(Foto AFP)

MOGADISHU, 24 Ogos- Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud berikrar "perang habis-habisan" untuk menghapuskan kumpulan Al-Shabaab.

Ia merupakan kenyataan pertamanya kepada negara itu sejak pejuang berani mati mengepung sebuah hotel selama 30 jam di Mogadishu.

Serangan pada malam Jumaat lalu, adalah insiden terbesar yang melanda ibu negara Somalia sejak Presiden Somalia, Mohamud memegang jawatan pada Jun dan mula mencabar pemberontakan selama 15 tahun oleh kumpulan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 21 orang maut dan 117 yang lain cedera dalam serangan senjata api dan letupan bom yang menyasarkan Hotel Hayat dengan kematian termasuk warga Norway, menurut kerajaan Norway.

(Sebuah hotel yang musnah dalam serangan di Mogadishu pada Jumaat lalu/AFP)

"Saya tahu bahawa rakyat Somalia sudah jemu dengan ucapan takziah dan berkabung, saya tahu bahawa anda kehilangan orang yang dihormati dalam setiap serangan yang dilakukan oleh pengganas," kata Mohamud.

“Jadi saya menyeru anda untuk bersedia untuk perang habis-habisan terhadap (rakyat) yang kejam yang memusuhi keamanan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami berazam untuk melemahkan pengganas yang memusnahkan rakyat kami sehingga semua kawasan yang mereka kuasai dibebaskan, ini adalah keutamaan kerajaan kami dan penyediaan serta pelaksanaan rancangan itu sedang berjalan," katanya, tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu pada hari Selasa, Mohamud mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara yang dihadiri Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negara, serta Ketua Pertahanan Negara itu.-AFP

Media Baharu