JAKARTA, 6 Julai- Agensi imigresen Indonesia telah menghantar pulang 13 warga Taiwan yang disyaki melakukan jenayah serius di negara itu, untuk menghadapi prosiding undang-undang di Taiwan.
Menurut ketua pengarah imigresen, Silmy Karim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata 13 warga Taiwan tersebut disyaki terlibat dalam jenayah siber, pengubahan wang haram dan pengedaran dadah, telah dihantar pulang pada petang Khamis.
"Selepas pemeriksaan rapi oleh pegawai imigresen, 13 warga asing itu ternyata menjadi pelaku jenayah berat di Taiwan."
"Mereka akan menjalani proses keadilan di Taiwan," kata Silmy dalam kenyataan itu.
Bulan lalu, agensi imigresen menahan 103 pemegang pasport Taiwan, tangkapan terbesar pada tahun ini kerana disyaki menjalankan operasi jenayah siber dari pulau Bali.
Bagaimanapun, Taiwan telah menyatakan bahawa ia dimaklumkan bahawa hanya sekitar 14 rakyatnya terlibat.
Pejabat imigresen Indonesia berkata polis Taiwan terlibat dalam mengiringi warga Taiwan itu.
Namun, Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei di Jakarta tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas pada Sabtu.- REUTERS