fb fb fb fb fb

India: Kastam rampas 47 ular sawa dibawa penumpang tiba dari Kuala Lumpur

(Pegawai kastam merampas 47 jenis ular sawa di Lapangan Terbang Trichy/FOTO Twitter @isureshofficial)

NEW DELHI, 1 Ogos - Sebanyak 47 ekor ular sawa dan dua biawak dirampas pegawai kastam di lapangan terbang Tiruchirappalli (Trichy) di selatan India yang dibawa seorang penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur.

Penumpang itu dikenali sebagai Muhammad Moideen yang berasal dari Chennai menaiki pesawat komersial Batik Air pada 29 Julai.

Memetik laporan India Today, setibanya di lapangan terbang Trichy, pegawai kastam memeriksa beg Moideen.

Menyedari sesuatu yang ganjil terhadap beg penumpang tersebut, pegawai kastam telah menemui reptilia hidup pelbagai jenis dan saiz yang disembunyikan di dalam beberapa kotak yang berlubang.

Mengikut peraturan di bawah undang-undang adat dan perlindungan hidupan liar, jabatan hutan India telah memulakan proses untuk menghantar reptilia itu pulang ke Malaysia.

Moideen telah ditahan untuk disoal siasat.

Penumpang lelaki yang berasal dari Chennai, tiba di lapangan terbang itu dengan menaiki penerbangan Batik Air pada 29 Julai.

Pada 30 April lalu, pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.

(Pegawai kastam merampas 47 jenis ular sawa di Lapangan Terbang Trichy/FOTO Twitter @isureshofficial)

ARTIKEL BERKAITAN:
Wanita dari KL seludup 22 jenis ular ditahan di Lapangan Terbang Chennai

Media Baharu