fb fb fb fb fb

Imej ujian pertama dari teleskop angkasa Euclid didedahkan

WASHINGTON, 1 Ogos- Teleskop angkasa Euclid, dilancarkan pada 1 Julai dalam misi untuk memberi lebih banyak cahaya mengenai jirim gelap dan tenaga gelap telah sampai ke destinasi orbitnya pada Isnin. Pengendali Eropah telah mendedahkan imej ujian pertama itu.

Gmabar yang diambil menggunakan teleskop angkasa itu menunjukkan imej yang dipenuhi bintang. Fasa itu menunjukkan keupayaan teleskop itu mampu untuk mengambil gambar. Bagaimanapun ia tidak mewakili potensi sepenuhnya. Agensi Angkasa Eropah (ESA) berkata ujian itu menunjukkan ia akan mampu memenuhi misi besar tersebut.

"Selepas lebih 11 tahun mereka membangunkan Euclid, ia sangat menggembirakan dan sangat beremosi apabila dapat melihat imej pertama ini," pengurus projek Euclid Giuseppe Racca dalam satu kenyataan.

Selepas meletup di Florida, satelit itu telah bergerak kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi ke orbit pemerhatiannya. Dari situ, Euclid akan mencatatkan peta terbesar alam semesta, merangkumi sehingga dua bilion galaksi merentasi lebih satu pertiga daripada langit.

Penangkapan cahaya itu mengambil masa 10 bilion tahun untuk sampai ke sekitar Bumi. Peta itu juga akan menawarkan satu gambaran baharu tentang sejarah alam semesta yang berusia 13.8 bilion tahun itu.

Kamera cahaya itu dilihat boleh mengukur bentuk galaksi, manakala spektrometer dan fotometer inframerah dekatnya dibangunkan dengan bantuan NASA membolehkannya mengukur kedudukan objek di ruang angkasa. Tetapi apabila instrumen tersebut dihidupkan, penyelidik terkejut dengan "corak cahaya yang tidak dijangka dan mencemarkan imej, " kata ESA.

Penyiasatan menyebabkan penyelidik percaya "sinaran cahaya matahari sedang menembusi ke dalam kapal angkasa, mungkin melalui celahan kecil," tetapi ia hanya dikesan dengan cara tertentu menggunakan Euclid.

Menurut ESA, dengan mengekalkan ia pada kedudukan tertentu, peranti pengimejan Euclid "akan dapat memenuhi misi itu." Para saintis berharap dapat menggunakan maklumat yang dikumpul boleh mengetahui 95 peratus alam semesta yang masih tidak diketahui oleh manusia. Operasi saintifik teleskop itu akan bermula pada Oktober.- AFP

(Foto edaran ihsan ESA/Euclid/Euclid Consortium/NASA/AFP)

 

Media Baharu