fb fb fb fb fb

Perancis rancang 'campur tangan secara ketenteraan' - Junta Niger

NIAMEY, 1 Ogos- Junta baharu Niger menuduh Perancis cuba "campur tangan secara ketenteraan" untuk mengembalikan semula Presiden Mohamed Bazoum yang digulingkan ketika ketegangan di negara itu semakin memuncak.

Bagaimanapun Menteri Luar Perancis Catherine Colonna menafikan tuduhan itu pada petang Isnin.

Kerajaan Mali dan Burkina Faso yang dipimpin junta memberi amaran berkenaan sebarang campur tangan ketenteraan di Niger akan dianggap sebagai "pengisytiharan perang" terhadap kedua-dua negara. Perkara itu sebagai tanda ketegangan serantau yang semakin meningkat. 

Pemilihan Bazoum lebih dua tahun lalu menandakan peralihan kuasa aman pertama di Niger sejak kemerdekaan namun telah digulingkan pada 26 Julai oleh Pengawal Presiden elit.

Ketua Pengawal Jeneral Abdorahamane Tiani mengisytiharkan dirinya sebagai ketua tetapi dakwaannya itu diketepikan di peringkat antarabangsa dan blok Afrika Barat. ECOWAS telah memberinya masa seminggu untuk menyerahkan semula kuasa tersebut.

Bazoum merupakan salah satu daripada kumpulan presiden yang dipilih dan pemimpin pro-Barat yang semakin berkurangan di Sahel. Parti PNDS Bazoum pada Isnin memberi amaran kepada Niger kerana berisiko menjadi "rejim diktator dan totalitarian" selepas beberapa siri penangkapan.

Pada Isnin, Menteri Minyak dan Menteri Perlombongan telah ditangkap dan parti itu didakwa. Ketua jawatankuasa eksekutif kebangsaan PNDS turut ditahan. Menurut parti itu, junta sebelum ini telah menahan Menteri Dalam Negeri, Menteri Pengangkutan dan seorang bekas Menteri Pertahanan.

Kesatuan Eropah mengecam penahanan menteri daripada kerajaan yang digulingkan pada Isnin dan menuntut mereka dibebaskan segera.- AFP

(Anggota polis Nigeria menyokong junta Niger di Niamey/AFP)

Media Baharu