fb fb fb fb fb

Rampasan kuasa di Niger, UK gantung bantuan

(FOTO AFP)

LONDON, 31 Julai - United Kingdom mengecam rampasan kuasa tentera di Niger dan bertindak menggantung bantuan jangka panjang kepada negara itu.

Bagaimanapun, penggantungan berkenaan tidak tertakluk kepada bantuan kemanusiaan kritikal.

Sebelum ini, Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS) menggantung semua bantuan kewangan kepada Niger dan membekukan aset Niger di bank pusat dan komersial komuniti itu.

Perkara itu turut disokong Menteri Negara bagi Pembangunan dan Afrika UK Andrew Mitchell.

Mitchell berkata UK juga menggesa Presiden Mohamed Bazoum dikembalikan jawatannya bagi memulihkan keamanan berperlembagaan di Niger.

Pada Rabu anggota pengawal presiden Niger dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional berkata mereka menggulingkan presiden negara itu, Mohamed Bazoum, menutup sempadan dan mengenakan perintah berkurung di negara itu “sehingga diberitahu kelak”.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas pengawal presiden menahan presiden di kediamannya dan menutup akses ke pejabat awam di Niamey.-AFP


(Presiden Niger, Mohammed Bazoum (kiri) bersama Presiden Perancis, Emmanuel
Macron pada satu persidangan di Paris/FOTO AFP)

Media Baharu