fb fb fb fb fb

Dipaksa bersara, bekas penggusti Sumo saman JSA

(FOTO AFP)

TOKYO, 31 Julai- Seorang bekas penggusti Jepun memfailkan saman terhadap badan induk sukan negara itu selepas dipaksa bersara kerana enggan meneruskan perlawanan semasa pandemik COVID-19 dua tahun yang lalu.

Bekas penggusti itu,Daisuke Yanagihara hari ini mendedahkan kepada umum dengan harapan dapat mengubah perspektif masyarakat tentang keunikan dan rahsia yang terdapat pada sukan tradisi itu.

Menurut Daisuke, 25 tahun, dia telah memberitahu kepada 'tuannya' pada Januari 2021 bahawa dia enggan menyertai pertandingan di sini (Tokyo) susulan wabak COVID-19 yang sedang melanda kota metropolis itu.

Daisuke yang berkecimpung dalam sukan itu sejak berusia 15 tahun berkata dia berasa bimbang dengan risiko kesihatan yang bakal dialaminya, memandangkan dia pernah menjalani pembedahan jantung beberapa tahun sebelum itu.

Dia turut berkata 'tuannya' dan Persatuan Sumo Jepun (JSA) memberinya pilihan iaitu sama ada sertai pertandingan atau bersara daripada sukan tersebut.

Daisuke berkata ugutan yang diterimanya menyebabkannyaberada dalam keadaan ketakutan.

"Saya sangat tertekan", kata Daisuke pada sidang media yang diadakan hari ini.

(Daisuke Yanagihara (Tengah) bersama barisan peguamnya pada sidang media 
di Tokyo/FOTO AFP)

Pada sidang media yang diadakan itu, Daisuke turut berkata dia terpaksa mengambil keputusan bersara kerana tidak mempunyai pilihan selain tidak ingin menjadi beban kepada ibunya, sekiranya dia terlantar di hospital.

Daisuke memfailkan saman pada Mac lalu menamakan 'bekas tuannya dan JSA sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak ¥4.12 juta Yen.

Daisuke turut mendakwa penggusti Sumo yang berpangkat rendah sering dibuli dengan dipaksa memakan daging busuk dan kotor ketika latihan.

“Dengan berkongsi pengalaman, saya ingin mendedahkan situasi sebenar sukan Sumo yang diselubungi misteri atas nama budaya tradisional,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Sumo Jepun (JSA) yang dihubungi AFP enggan memberi komen terhadap dakwaan berkenaan.

Sukan Sumo yang dianggap sebagai sukan tradisi di negara itu sebelum ini dicemari dengan pelbagai skandal
seperti rasuah dalam mengatur perlawanan dan kes buli yang serius.-AFP

Media Baharu