fb fb fb fb fb

Hakim tolak saman fitnah Trump terhadap CNN

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 31 Julai - Hakim persekutuan menolak saman fitnah 475 juta dolar atau (RM2.162 bilion) bekas Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump terhadap Rangkaian Televisyen CNN.

Saman tersebut difailkan Trump selepas CNN menuduhnya mempunyai kaitan dengan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Selain itu,CNN dikatakan turut melabel Trump sebagai Pembohong Besar .

Jelas Hakim Raag Singhal dalam keputusannya menyatakan meskipun kenyataan CNN tidak bersesuaian, namun mengikut undang-undang kenyataan tersebut bukan bersifat fitnah.

Bagaimanapun,CNN enggan mengulas mengenai keputusan itu.

Terdahalu,Trump mendakwa berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri dan merompak kemenangannya, selain mendakwa menjadi subjek kempen fitnah politik.


(Bekas Presiden AS, Donald Trump/FOTO AFP)

Media Baharu