fb fb fb fb fb

Letupan bom: seorang maut, 12 lagi cedera

(FOTO AFP)

BANGKOK, 31 Julai -Seorang terbunuh manakala 12 yang lain cedera selepas sebutir bom meletup di tenggara Myanmar pada Isnin, menurut kata pegawai kerajaan Myanmar.

Letupan dikatakan berpunca daripada sebuah kenderaan yang meletup berhampiran pusat pemeriksaan di jambatan Thanlwin pada pulul 6.50 pagi (waktu tempatan) kata pegawai pentadbiran Negeri Karen.

"13 penduduk termasuk penumpang kenderaan dan pengawal keselamatan antara yang cedera", kata pegawai berkenaan.

Tambahnya, mangsa yang terkorban meninggal dunia sebaik sahaja sampai di hospital.


(FOTO https://www.irrawaddy.com)

Pihak berkuasa Negeri Karen tidak memberikan butiran lanjut berkaitan kejadian.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Pertempuran ganas meningkat sejak pihak tentera melancarkan rampasan kuasa menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi pada Februari 2021.

Menurut kumpulan pemantau tempatan, lebih 3,800 orang terbunuh sejak rampasan kuasa itu.-AFP

Media Baharu