fb fb fb fb fb

Imran Khan bebas tuduhan khianat, namun kekal dalam penjara

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan / REUTERS

ISLAMABAD, 3 Jun- Mahkamah tinggi di Pakistan pada Isnin membebaskan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjarakan daripada sabitan atas tuduhan membocorkan rahsia negara.

Begitupun, Khan akan kekal di penjara buat masa ini kerana sabitan dalam kes lain.

Khan, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas dituduh mempunyai kaitan dengan kiriman kabel rahsia dihantar kepada Islamabad oleh duta Pakistan ke Washington pada 2002.

Isi kandungan kabel terbabit muncul dalam media selepas didedahkan sumber lain.

Shah Mehmood Qureshi, yang merupakan menteri luar pada masa itu turut dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

"Alhamdulillah, hukuman itu dibatalkan," kata jurucakap hal ehwal undang-undang parti Tehreek-e-Insaf, Naeem Panjutha, dalam satu catatan di platform media sosial X.

Walaupun dibebaskan, Khan akan kekal di penjara, setelah juga disabitkan dalam kes lain berkaitan perkahwinannya dengan isteri ketiganya, Bushra Khan, yang melanggar tradisi Islam.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE