KUALA LUMPUR, 2 Disember – Imej satelit yang dirakam pada Ahad (30 November) mendedahkan skala kemusnahan besar akibat banjir didorong siklon yang melanda Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.
Angka kematian akibat banjir serta tanah runtuh di Indonesia melepasi 600 orang pada Isnin (1 Disember), ketika pasukan penyelamat berusaha membersihkan laluan utama, selain keadaan cuaca yang semakin baik membolehkan skala sebenar bencana itu dinilai dengan lebih jelas.
Bencana tersebut setakat ini meragut hampir 800 nyawa di rantau Asia Tenggara.
Indonesia, Malaysia dan Thailand turut mengalami kemusnahan teruk selepas ribut tropika jarang berlaku yang terbentuk di Selat Melaka membawa hujan lebat berterusan dan angin kencang selama seminggu, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap akibat tanah runtuh serta paras air banjir yang tinggi.
Sekurang-kurangnya 176 orang dilaporkan maut di Thailand dan tiga lagi di Malaysia, manakala angka kematian di Indonesia meningkat kepada 604 mangsa dengan 464 masih hilang setakat Isnin, menurut angka rasmi. -REUTERS