RIO DE JANEIRO, 2 Disember - Seorang remaja lelaki di Brazil maut dibaham seekor singa betina dalam satu kejadian di Taman Zoobotani Arruda Camara.
Remaja berkenaan, Gerson de Melo Machado, 19 tahun menceroboh kandang haiwan berkenaan dengan bertindak memanjat tembok dan pagar keselamatan setinggi enam meter.
Mangsa kemudian turun ke dalam kandang menerusi sebatang pokok, sebelum ditarik seekor singa betina.
Insiden berkenaan sempat dirakam pengunjung dan tular di laman sosial.
Menurut kenalannya, Machado bergelut dengan masalah kesihatan mental yang teruk dan sering bermimpi untuk menjadi penjinak singa.
Kaunselor Perlindungan Kanak-Kanak, Veronica Oliveira mengikuti perkembangan Machado berkata, mangsa sangat berminat untuk menjadi penjinak singa.
Machado juga pernah menceroboh lapangan terbang dan bersembunyi di dalam gear pendaratan sebuah pesawat yang disangka akan berlepas ke Afrika.
Pegawai Bandar Pantai Timur Laut, Joao Pessoa berkata, siasatan awal mendapati Machado sengaja menceroboh kandang singa tersebut.Machado disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dibaham singa tersebut. Susulan kejadian, pihak berkuasa alam sekitar negeri menjalankan pemeriksaan di zoo berkenaan.
Veteran Taman, Thiago Nery bagaimanapun mempertahankan piawaian keselamatan kandang dan menyifatkan kejadian itu tidak dapat diramal sepenuhnya.
Taman Zoobotani mendakwa, singa betina berkenaan, yang dikenali sebagai Leona tidak pernah menunjukkan tingkah laku agresif di luar konteks kejadian tersebut.