fb fb fb fb fb

Ikan paus bongkok ditemukan mati di Pantai Sao Conrado

Petugas pantai cuba mengalihkan bangkai ikan paus bongkok (humpback whale) di Pantai Sao Conrado, Rio de Janeiro/ Foto REUTERS

RIO DE JANEIRO, 22 Julai — Seekor ikan paus bongkok daripada spesies 'humpback whale' ditemukan mati terdampar di Pantai Sao Conrado, Rio de Janeiro, pada petang Isnin.

Ia mencetuskan kehadiran ramai orang awam yang ingin melihat kejadian luar biasa tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bangkai paus itu berada dalam keadaan reput apabila dihanyutkan arus laut ke pesisir pantai sekitar pukul 3 petang waktu tempatan.

Pasukan bomba bertindak mengepung kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan awam, manakala petugas pantai cuba mengalihkan bangkai paus tersebut daripada kawasan penduduk.

Penemuan ini berlaku ketika musim migrasi tahunan ikan paus bongkok, yang lazimnya melintasi perairan pantai Rio de Janeiro dalam perjalanan menuju ke kawasan pembiakan.

Fenomena ini walaupun jarang berlaku, namun bukan sesuatu yang luar biasa ketika musim migrasi.

Setakat ini, punca kematian paus tersebut belum dikenal pasti dan pihak berkuasa marin dijangka akan menjalankan siasatan lanjut serta pemeriksaan ke atas bangkai haiwan berkenaan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN