SANAA, 14 Ogos - Kumpulan pejuang Huthi dari Yaman mendakwa mereka melancarkan serangan terhadap Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.
Menerusi video yang disiarkan oleh Pusat Media Ansarullah, jurucakap tentera Huthi, Yahya Saree, berkata serangan itu menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik jenis Palestine 2.
"Pasukan peluru berpandu angkatan tentera Yaman telah melaksanakan operasi ketenteraan khas yang menyasarkan Lapangan Terbang Lod (Lapangan Terbang Ben Gurion) di wilayah Jaffa.
"Operasi ini berjaya mencapai matlamatnya," katanya.
Sementara itu, Tentera Israel dalam kenyataannya memaklumkan berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman. -AFP