fb fb fb fb fb

Huthi serang lapangan terbang Tel Aviv

Jurucakap tentera Huthi, Yahya Saree/Foto AFP

SANAA, 30 Julai - Kumpulan pejuang Huthi dari Yaman mendakwa mereka melancarkan serangan peluru berpandu balistik hipersonik terhadap Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Dalam satu video yang disiarkan oleh Pusat Media Ansarullah, jurucakap tentera Huthi, Yahya Saree, menyifatkan operasi ketenteraan itu sebagai berjaya.

“Pasukan peluru berpandu angkatan bersenjata Yaman telah melaksanakan satu operasi ketenteraan berkualiti tinggi dengan menyasarkan Lapangan Terbang Lod (Ben Gurion) di wilayah Jaffa yang diduduki (Tel Aviv), menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik ‘Palestin 2’.

"Operasi ini berjaya mencapai sasarannya, dengan izin Tuhan, memaksa jutaan penjajah Zionis berlindung di tempat perlindungan dan menghentikan lalu lintas udara di lapangan terbang berkenaan,” tegasnya.

Sementara itu, siren amaran serangan udara dibunyikan di beberapa bandar utama Israel termasuk Baitulmaqdis.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mereka berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman, tanpa mengesahkan lokasi tepat sasaran. - AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI