fb fb fb fb fb

Humza Yousaf, calon menteri Islam pertama Scotland

FOTO REUTERS

LONDON, 21 Februari- Setiausaha Kesihatan Scotland, Humza Yousaf mendahului saingan bagi menggantikan Nicola Sturgeon sebagai Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dan menteri pertama negara itu.

Yousaf, 37 tahun ahli politik Islam terkemuka di Scotland, merupakan calon pertama yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Beliau sering berkongsi pandangan yang sama dengan Sturgeon mengenai pelbagai dasar.

Peluangnya untuk menjadi pemimpin mendapat rangsangan apabila Setiausaha Kebudayaan, Angus Robertson mengumumkan tidak akan bertanding.

Terdahulu, Sturgeon mengejutkan ramai pihak dalam politik Britain minggu lalu apabila mengumumkan akan meletak jawatan.

Selain itu, Timbalan Menteri pertama John Swinney turut menolak dirinya untuk bertanding.

Hasil daripada kedua-dua pengumuman itu, membuka peluang persaingan dua calon iaitu Yousaf dan Setiausaha Kewangan, Kate Forbes.-AFP


(Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Nicola Sturgeon/AFP)

Media Baharu